Latar Belakang Datuk Wan Mohammad Sani Salleh:
NAMA : Datuk Wan Mohammad Sani Salleh
USIA : 35 tahun
TARIKH LAHIR : 24 Julai 1976 di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu
ADIK BERADIK: Keempat daripada enam beradik
PENDIDIKAN : Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994)
JAWATAN : Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd,
Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd).
Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd).
pemilik nama penuh Wan Mohammad Sani Salleh Dilahirkan pada 24 Julai 1976 di Kuala Terengganu, Terengganu, merupakan anak keempat daripada enam beradik. Beliau melanjutkan palajaran dalam bidang Diploma Pengurusan Perniagaan di Kolej Sunway pada tahun 1994. Selepas itu, beliau menceburi bidang hiburan sebagai seorang model dan juga penyanyi dengan menganggotai kumpulan “Impression”
Selama beberapa tahun menceburi bidang hiburan, Sani mengakui tidak nampak masa depannya dalam bidang itu.
Rakannya sejak zaman kanak-kanak, Datuk Sharifuddin dijadikan sebagai inspirasi selepas melihat rakannya berjaya dalam perniagaan.
“Melihat rakan yang berjaya, terutama Datuk Din (Datuk Sharifuddin), saya berasa ketinggalan. Dulu dia pernah bersama-sama saya menjadi model, tetapi dia meninggalkan bidang itu terlebih dulu untuk berniaga sehingga berjaya.
“Pada masa sama saya sedar, umur semakin meningkat dan yang boleh merubah keadaan saya ketika itu hanya diri saya sendiri,”.
Beliau meletakkan tekad untuk merubah tahap kehidupannya dengan berniaga sendiri.
Selepas meninggalkan bidang tersebut, beliau kemudiannya membuka bengkel membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan Terengganu. Pada tahun 2003 Datuk Sani mencuba perniagaan dalam bidang pengangkutan dengan membuka syarikat Sani United Sdn Bhd (SUSB). Berbekalkan pengalaman beliau yang sering menggunakan perkhidmatan bas ekspres ketika zaman persekolahannya, Datuk Sani bijak menyusun strategi untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik buat para penumpang syarikat bas ekspres miliknya.
Namun untuk mencapai kejayaan di dalam bidang perniagaan bukanlah sesuatu jalan yang mudah kerana pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa ditempuh oleh beliau apabila 2 rakan kongsinya menarik diri dari perniagaan yang diceburi mereka bersama memaksa beliau untuk terus berjuang seorang diri.
Dengan hanya mempunyai seorang pekerja, Datuk Sani menggunakan segala kudrat yang ada beserta akal fikirannya untuk membangunkan syarikat bas ekspres miliknya dan selepas 3 tahun bertungkus-lumus, akhirnya ia mendatangkan hasil. Bilangan bas yang dimiliki Sani Express juga bertambah kepada 25 buah dan kesemuanya adalah bas 2 tingkat yang menjaminkan keselesaan kepada para penumpang. Selain itu, bilangan pekerja juga bertambah sebanyak 150 orang dan Datuk Sani mempunyai wismanya yang tersendiri, terletak di Klang Sentral.
Kini, Datuk Sani Salleh boleh berbangga dengan hasil titik peluhnya selama ini. Di usia 39 tahun, anak muda ini bagaikan memiliki segala-galanya. Perniagaan yang memberi pulangan jutaan ringgit, bangunan sendiri sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian serta pengubahsuaian mencecah RM7 juta, kereta Ferrari F360 Modena bernilai RM1 juta dan banglo mewah bernilai RM 9 juta.
Beliau berkata, Sani United Sdn Bhd (SUSB) mahu mengumpul asset bernilai lebih RM1 billion dalam tempoh 4-5 tahun akan datang. Terkini, SUSB mempunyai 35 buah bas ekspres di bawah Sani Express Sdn. Bhd., sebuah hotel (Sani Hotel Sdn. Bhd.) dan sebuah syarikat kejuruteraan bas (Sani Engineering Sdn. Bhd.).
Selain itu, SUSB turut mempunyai sebuah syarikat hartanah (Sani Properties Sdn. Bhd.), infrastruktur (Sani Infrastructure), terminal bas (Sani Terminal Sdn. Bhd.), penyedia fasiliti (Sani Facilities Sdn. Bhd.), perladangan (Sani Plantation Sdn. Bhd.) dan perkhidmatan pengangkutan marin, Sani Marine Sdn. Bhd. (Sani Marine).
-Nur Regina-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan