Sabtu, 23 April 2016

Datuk Wan Mohammad Sani Salleh ( Usahawan Ahli Perniagaan dlm Bidang pengangkutan & Automotif )




Latar Belakang Datuk Wan Mohammad Sani Salleh:
NAMA :                      Datuk Wan Mohammad Sani Salleh
USIA :                       35 tahun
TARIKH LAHIR :        24 Julai 1976 di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu
ADIK BERADIK:        Keempat daripada enam beradik
PENDIDIKAN :         Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994)
JAWATAN :               Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd,
Sani Properties Sdn Bhd 
 dan Sani Hotel Sdn Bhd).

.
pemilik nama penuh Wan Mohammad Sani Salleh Dilahirkan pada 24 Julai 1976 di Kuala Terengganu, Terengganu, merupakan anak keempat daripada enam beradik. Beliau melanjutkan palajaran dalam bidang Diploma Pengurusan Perniagaan di Kolej Sunway pada tahun 1994. Selepas itu, beliau menceburi bidang hiburan sebagai seorang model dan juga penyanyi dengan menganggotai kumpulan “Impression”

Selama beberapa tahun menceburi bidang hiburan, Sani mengakui tidak nampak masa depannya dalam bidang itu.
Rakannya sejak zaman kanak-kanak, Datuk Sharifuddin dijadikan sebagai inspirasi selepas melihat rakannya berjaya dalam perniagaan.

“Melihat rakan yang berjaya, terutama Datuk Din (Datuk Sharifuddin), saya berasa ketinggalan. Dulu dia pernah bersama-sama saya menjadi model, tetapi dia meninggalkan bidang itu terlebih dulu untuk berniaga sehingga berjaya.
“Pada masa sama saya sedar, umur semakin meningkat dan yang boleh merubah keadaan saya ketika itu hanya diri saya sendiri,”.
Beliau meletakkan tekad untuk merubah tahap kehidupannya dengan berniaga sendiri.

Selepas meninggalkan bidang tersebut, beliau kemudiannya membuka bengkel membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan Terengganu. Pada tahun 2003 Datuk Sani mencuba perniagaan dalam bidang pengangkutan dengan membuka syarikat Sani United Sdn Bhd (SUSB). Berbekalkan pengalaman beliau yang sering menggunakan perkhidmatan bas ekspres ketika zaman persekolahannya, Datuk Sani bijak menyusun strategi untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik buat para penumpang syarikat bas ekspres miliknya.

Namun untuk mencapai kejayaan di dalam bidang perniagaan bukanlah sesuatu jalan yang mudah kerana pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa ditempuh oleh beliau apabila 2 rakan kongsinya menarik diri dari perniagaan yang diceburi mereka bersama memaksa beliau untuk terus berjuang seorang diri.

Dengan hanya mempunyai seorang pekerja, Datuk Sani menggunakan segala kudrat yang ada beserta akal fikirannya untuk membangunkan syarikat bas ekspres miliknya dan selepas 3 tahun bertungkus-lumus, akhirnya ia mendatangkan hasil. Bilangan bas yang dimiliki Sani Express juga bertambah kepada 25 buah dan kesemuanya adalah bas 2 tingkat yang menjaminkan keselesaan kepada para penumpang. Selain itu, bilangan pekerja juga bertambah sebanyak 150 orang dan Datuk Sani mempunyai wismanya yang tersendiri, terletak di Klang Sentral.

Kini, Datuk Sani Salleh boleh berbangga dengan hasil titik peluhnya selama ini. Di usia 39 tahun, anak muda ini bagaikan memiliki segala-galanya. Perniagaan yang memberi pulangan jutaan ringgit, bangunan sendiri sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian serta pengubahsuaian mencecah RM7 juta, kereta Ferrari F360 Modena bernilai RM1 juta dan banglo mewah bernilai RM 9 juta.

Beliau berkata, Sani United Sdn Bhd (SUSB) mahu mengumpul asset bernilai lebih RM1 billion dalam tempoh 4-5 tahun akan datang. Terkini, SUSB mempunyai 35 buah bas ekspres di bawah Sani Express Sdn. Bhd., sebuah hotel (Sani Hotel Sdn. Bhd.) dan sebuah syarikat kejuruteraan bas (Sani Engineering Sdn. Bhd.).

Selain itu, SUSB turut mempunyai sebuah syarikat hartanah (Sani Properties Sdn. Bhd.), infrastruktur (Sani Infrastructure), terminal bas (Sani Terminal Sdn. Bhd.), penyedia fasiliti (Sani Facilities Sdn. Bhd.), perladangan (Sani Plantation Sdn. Bhd.) dan perkhidmatan pengangkutan marin, Sani Marine Sdn. Bhd. (Sani Marine).

-Nur Regina-

Jumaat, 15 April 2016

Biografi Perniagaan Berjaya Tuan Barkath Ali AbuBacker & Puan Siti Sa'diah Sheikh Bakir (perniagaan pembuatan & perubatan)



Biografi Cerita Kejayaan Perniagaan Datuk Barkath Ali AbuBacker
(perniagaan Kumpulan Barkath sektor pembuatan  & pengedaran)
Datuk Barkath Ali AbuBacker adalah Pegawai Esekutif Kumpulan Barkath. Datuk Barkath adalah Anak sulung daripada Tujuh orang adik-beradik, iaitu lima lelaki dan dua perempuan.

Datuk Barkath mengambil alih perniagaan bapanya. Sebelum itu lagi Datuk Barkath sudah diberikan kepercayaan bagi Menguruskan syarikat. Datuk Barkath mengambil alih kumpulan Barkath daripada bapanya, Allahyarham AbuBacker Mohd. Hussain pada Tahun 1969.
Pada Masa itu, RM 50 juta dibelanjakan bagi membangunkan perniagaan Kumpulan Barakath.

Sejak pengambilalihan oleh Datuk Barkath, Kumpulan Barakath mula Menceburi bidang pembuatan & pengedaran.Sebelum itu, mereka hanya mempunyai pasar raya. Namun, selepas beberapa lama, mereka mendapati adalah lebih murah bagi menghasilkan sendiri produk-produk mereka.

Oleh itu,   Kumpulan Barkath mula menghasilkan pelbagai produk seperti sirap ros, pasta, Sos Cili, Gula ising, Tepung penaik dan Biskut berjenama seperti Class Choice, Sarina, Class Foods, Kings dan Mayens.

Pada tahun 1993 pula, Datuk Barkath memeterai perjanjian usaha sama bernilai RM 20 juta dengan Co-Ro Food A/S, iaitu Syarikat dari Denmark, bagi mengeluarkan Minuman Kordial Sunquick di Malaysia. Secara kebetulan, Malaysia adalah pasaran kedua terbesar bagi Sunquick, selepas Arab Saudi.

Kumpulan Barkath kini Menjana pendapatan tahunan sebanyak RM80 juta. Dua produk utama yang menyumbang 70 peratus daripada pendapatannya adalah Gula-gula Hacks dan Minuman Kordial Sunquick.

Daripada segi keluasan Empayar perniagaannya pula, Kumpulan Barkath juga mempunyai sebanyak 22 Buah Anak Syarikat di beberapa buah negara, iaitu Malaysia, Negara-negara Asia Tenggara dan Eropah. Kumpulan Barkath juga Mempunyai pejabat jualan di luar negara seperti di United Kingdom, Arab Saudi, Indonesia, India dan Singapura.




.
Biografi Cerita Kejayaan Perniagaan Datin Paduka Siti Sa’diah Sheikh Bakir (perniagaan Kumpulan Perubatan Johor KPJ)
Datin Paduka Siti Sa'diah Sheikh Bakir adalah Pengarah Urusan Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Berhad dan sudah Memegang jawatan ini sejak 1 Mac 1993 lagi.

Graduan pengajian Ekonomi dari Universiti Malaya ini Memulakan Kerjayanya dalam Johor Corporation (J.Corp) pada Tahun 1974 dan Terlibat sepenuhnya dalam Kumpulan Perubatan Johor (Johor Corporation Healthcare Division) sejak Tahun 1978. Beliau diberikan kepercayaan Memegang Jawatan sebagai Ketua Eksekutif Bahagian Prisihatin. Secara ringkasnya, beliau adalah orang kedua terpenting dalam Lembaga Pengarah KPJ selepas pengerusinya Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim.

Rahsia - rahsia Kejayaan:
Sebagai Wanita yang mampu menempatkan diri dalam kumpulan pengurusan yang rata-rata Dimonopoli oleh Golongan lelaki, pasti beliau mempunyai rahsia tersendiri sehingga membuatkan beliau mampu membangunkan KPJ bersama-sama Ahli Lembaga Pengarah yang lain. Beliau yang begitu mementingkan kerjasama berpasukan atau Teamwork, yakin kejayaan hanya dicapai apabila setiap pihak saling bersatu hati dan bantu membantu.

Datin Siti Sa'diah juga sempat memberitahu perlambangan para pekerja kami sebagai kakitangan sebaliknya anggota pekerja. Ini adalah kerana apabila kita panggil kakitangan, oleh itu hanya kaki dan tangan sahaja yang bertugas, sebaliknya kita tinggalkan mata, kepala, hati, dan sebagainya.
Tetapi apabila kita panggil Anggota, ia bermakna mereka menggunakan semua anggota, ia bermakna mereka menggunakan semua anggota dalam Menabur Khidmat kepada Oraganisasi.


Anugerah - anugerah yang diterima:
Datin Paduka Siti Sa'diah Sheikh Bakir sememangnya antara Tokoh Wanita yan dihormati dan disegani dalam industri perubatan. Beliau menerima banyak Anugerah. Pada Tahun 1994, beliau dinobatkan sebagai Woman Manager Of The Year Publication Sdn Bhd.

Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) juga turut Mengiktiraf Sumbangannya apabila mereka memberikan Anugerah Khas Trofi Sri Nona Kategori Perubatan kepada Malaysia pada Tahun 1997.

Ahad, 3 April 2016

Tan Sri Lim Goh Tong ( Usahawan Cina Terkaya di Malaysia Pembukaan Genting Resort Berhad )




Senarai terbaru kedudukan jutawan Malaysia menurut Malaysian Business 2011, kedudukan tempat pertama ialah Raja Gula Malaysia, iaitu Tan Sri Robert Kouk. Beliau merupakan seorang Cina yang memegang aset bernilai RM 50.04 billion. Perniagaan gula yang diusahakannya telah meletakkan statusnya pada tahap tertinggi hari ini. Tempat kedua disusuli oleh seorang taikun komunikasi, T Anand Krishnan dengan aset bernilai RM 45.78 billion. Tangga ketiga juga dikuasai oleh Orang Cina iaitu Pengerusi Public Bank, Tan Sri The Hong Piow dengan aset bernilai RM 12.77 billion. Tangga keempat sehingga tangga keenam turut dimonopoli golongan Cina dan tangga ketujuh adalah Orang Melayu iaitu Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary daripada Yayasan AlBukhary dengan aset bernilai RM 8.84 billion. Golongan ini mempunyai cara yang tersendiri untuk terus maju dan meluaskan lagi empayar perniagaan mereka.

Contoh yang paling rapat dengan kita adalah pembukaan pusat pelancongan terbesar iaitu Genting Highlands Resort. Kedatangan beliau sebagai seorang yang sangat miskin menyebabkan beliau berusaha lebih keras untuk membaiki taraf hidup. Pengasas Genting Group merangkap hartawan Asia, Tan Sri Lim Goh Tong pernah mendedahkan beberapa tips yang diamalkannya sendiri sehingga berjaya menjadikan Genting Highlands Resort sebagai pusat hiburan dan percutian terkemuka dunia. Sebagai rakyat Malaysia, kita patut berbangga dan menjadikannya sebagai inspirasi untuk terus maju dalam perniagaan. Mendiang Tan Sri merupakan pengasas Genting Group dan presiden seumur hidup. Beliau meninggal dunia pada tahun 2007 sebagai orang terkaya Asia Tenggara dengan aset bernilai RM 421.8 billion!


BERMULA BEKERJA DARI BAWAH SEBELUM MENJADI SEORANG AHLI PERNIAGAAN YANG BERJAYA
( Tan Sri Lim Goh Tong hanya Merupakan seorang keluarga dan Budak yang Miskin sebelum berhijrah ke Tanah Melayu dan bermula dengan menjadi seorang Tukang Kayu)



Beliau bekerja dari peringkat yang paling bawah. Beliau bekerja sebagai tukang kayu sebelum membuka syarikat pembinaan Kien Huat dan bergelar kontraktor kelas A. Tan Sri sendiri merupakan seorang budak miskin semasa mula berhijrah ke Tanah Melayu. Kemudian, usaha gigih beliau membuahkan hasil yang lumayan. Pelbagai pekerjaan yang dilakukan sebelum bergelar jutawan. Orang Cina berharap untuk menjadi terkenal sejak awal pembabitan dalam dunia perniagaan. Harapan adalah satu, tidak mahu kaum dan keturunan mereka terus susah. Beliau sendiri pernah dikatakan gila apabila mengatakan hasrat untuk membagunkan Gunung Ulu Kali. Lihat, sekarang impian itu telah menjadi kenyataan. Gunung Ulu Kali telah bertukar menjadi Genting Highlands. Setiap titik peluh yang mengalir telah memberikan kita keselesaan sehingga dikenali seluruh dunia. Secara tidak langsung, penubuhan Genting Highlands juga telah memberikan peluang pekerjaan kepada semua kaum.
Tidak Bermain Kotor dalam Perniagaan

Berikutnya, beliau sentiasa berpesan agar tidak bermain kotor dalam perniagaan. Jangan mengambil jalan pintas jika mahu perniagaan yang diusahakan bertahan lama sehingga boleh diwariskan kepada generasi yang berikutnya. Beliau sentiasa mengingatkan Orang Cina dan semua orang yang mahu terjun ke dunia perniagaan agar tidak membuat helah. Kerana tiada jalan pintas untuk berjaya selain dengan usaha diri sendiri. Minat yang mendalam akan menjadi pendorong dan pembakar semangat dalam pekerjaan yang dilakukan. Minat merupakan ubat yang paling berkesan untuk memajukan perniagaan. Peniaga harus sentiasa sedar diri dan percaya pada kawan sekeliling dan juga percaya kepada Tuhan dan memohon berkat daripadanya. Hendak memulakan perniagaan bukan suatu perkara yang mudah, jika mempunyai musuh, kelak perniagaan itu tidak mampu bertahan ekoran ada musuh yang menikam dari belakang. Pendek kata, berbuat baik pada semua orang adalah kuncinya.
Berani Menanggung Risko

Sebarang kemungkinan untuk jatuh mesti kita sedia terima dengan tabah dan menjadikannya sebagai batu loncatan untuk terus membina masa depan yang cerah. Jika tidak berani, hasrat untuk memulakan perniagaan harus dilupakan. Kemunculan pusat perlancongan bertaraf dunia itu adalah hasil idea seorang lelaki Cina yang pernah dilabel sebagai gila suatu ketika dahulu. Ejekan yang diterima dijadikan pembakar semangat untuk maju. Orang pernah mengatakan bahawa idea itu tidak akan kemana dan pelaburannya tidak menjanjikan pulangan modal berikutan tiada siapa yang berminat dengan perniagaan seperti itu. Beliau telah menyahut cabaran itu dengan bekerja 2 syif sepanjang minggu bagi menjimatkan kos.
Beliau dan kawan-kawannya terpaksa tinggal di dalam hutan dan gua bedekatan. Beliau merupakan orang pertama yang bekerja mengikut syif 24 jam sehari sepanjang minggu untuk memastikan cita-cita itu tercapai. Beliau juga akan menjadi orang yang pertama sampai ke tempat kerja dan menjadi orang yang terakhir untuk pulang dari tempat kerja. Beliau sentiasa menjaga pekerja-pekerjanya dan beranggapan bahawa semua pekerjanya adalah aset yang paling berharga. Kini, First World Hotel merupakan antara hotel terbesar di dunia.

Secara kesimpulannya, semua orang mempunyai hak untuk berjaya dan mereka wajar diberi peluang untuk mencuba nasib. Kerana semua manusia itu mempunyai cita-cita. Mereka boleh menjadikan mana-mana tokoh sebagai inspirasi untuk berjaya. Usaha keras akan membuahkan hasil dalam setiap pekerjaan yang hendak dilakukan. Sesungguhnya setiap cita-cita dan impian menagih sepenuh perhatian dan pengorbanan yang paling tinggi. Sebelum itu, rasanya kita patut membaca biografi bertajuk “Cerita Saya”. Buku ini mengandungi kisah disebalik kejayaan Tan Sri Lim Goh Tong sebelum berjaya mendirikan sebuah empayar besar bertaraf dunia.

Gambar Tan Sri Lim Goh Tan & Dr Mahathir Mohammed dilihat saling tersenyum antara satu sama lain

Menurut majalah Forbes Asia, Lim merupakan orang yang paling kaya di Asia dengan jumlah aset US$42.2bil (RM160.6bil).pada tahun 2006 hingga beliau meninggal dunia.
Kumpulan Genting yang diasaskan pada 1965 kini menjalankan pelbagai kegiatan termasuk perladangan, pembuatan kertas, penjanaan tenaga, minyak dan gas, perdagangan elektronik, pelancongan, pelayaran , pembangunan teknologi maklumat dan pusat perjudian yang terbesar di asia.
Lim memiliki hotel yang terbesar di dunia, Genting (First World Hotel, 6 300 bilik), kasino 24 jam yang dikunjungi lebin 14 juta orang setahun. Beliau juga memiliki syarikat kapal pelancongan Star Cruises, syarikat kapal pelayaran ketiga besar di dunia. Beliau juga terlibat dalam perniagaan gas dan minyak di Asia Dan Eropah. Beliau bermula daripada kontraktor kecil.Beliau telah mendapat hak membangunkan Genting pada tahun 1964 di bawah pentadbiran Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia.
Lim datang ke Malaysia daripada FujianChina ketika umurnya 19 dengan hanya RM175, bekerja sebagai tukang rumah dengan pakciknya, menyimpan wang dan akhirnya memiliki syarikatnya sendiri, Kien Huat. Beliau menpunyai idea membina genting semasa di cameron highlands
Anak beliau, Tan Sri Lim Kok Thay telah mengambil alih pegangan dan pengurusan Genting Berhad.
Tan Sri Lim Goh Tong, 89, meninggal dunia pada 23 Oktober 2007 jam 11.20 pagi di Pusat Perubatan Subang Jaya kerana sakit tua. Beliau meninggalkan balu Puan Sri Lee Kim Hua, dan enam anak mereka bersama 19 cucu.
Seramai 20,000 orang telah menziarahi beliau di kediamannya, Goh Tong Villa, Gohtong Jaya dan telah dikebumikan di Gohtong Memorial ParkGenting Highlands pada 29 Oktober 2007. Tun Mohamed Haniff Omar berkata Taman Tema dan Kasino ditutup pada hari pengkebumian itu bermula pukul 6 pagi hingga 12 tengah





Sabtu, 2 April 2016

Profil Hartawan Melayu Tan Sri Syed Mokhtar Al - Bukhary

( Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary adalah seorang Tokoh Usahawan Melayu yang disegani di dalam Dunia perniagaan. Beliau Merupakan tokoh Usahawan yang mendapat pelbagai pengiktrafan dan merupakan contoh ikon Simbolik Ahli Perniagaan Melayu yang baik untuk dicontohi seorang yang berwawasan dan Berjaya)




Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut Forbes beliau mempunyai harta bernilai AS$1.7 billion pada 2010 seterusnya menjadi orang kelapan terkaya di Malaysia pada 2010.
Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951. Beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970.
Tan Sri yang juga merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary terlibat dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan.

                             
                   

Pada tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia.
Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang singkat.

Tidak lama kemudian, Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak.

Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun.

Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi.

MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ianya dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.



                         


                          

Latarbelakang Ringkas Syed Mokhtar

– Tahun lahir : 1951
– Pendidikan: SPM
– Mula berniaga: umur 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
– Kekayaan: AS$1,700 juta
– Ke 8 terkaya di Malaysia
– Ke 655 terkaya di Dunia (Forbes)
– Antara syarikat miliknya: MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
– Kereta: Proton Perdana
– Sumbangan sosial :

Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

          49  NASIHAT SYED MOKHTAR AL-BUKHARY


Berikut adalah merupakan antara ekstrak ucapan beliau.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah .

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.

Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.


37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.


Berikut yang dipesan Oleh Hartawan Melayu Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary...............


Selamat Datang ke Wan Folder Berjaya Usahawan Blogspot

Blogspot Wan Folder Berjaya Usahawan dicipta sebagai simpanan bagi Menghimpunkan kisah-kisah Usahawan yang Berjaya di dalam Dunia perniagaan untuk dijadikan sebagai Model ikon simbolik untuk mencapai kejayaan di Masa hadapan...